Kisah Malaikat Harut Dan Marut

harut-marut

Kisah malaikat Harut da Marut adalah sebuah kisah 2 orang malaikat yang dijadikan Manusia oleh Allah subhanahu wata'ala,guna menjawab pertanyaan para Malaikat, kenapa Allah menciptakan manusia sedang mereka sering membuat kerusakan. Malaikat harut dan marut, dimana seperti yang kita ketahui malaikat memiliki sifat untuk selalu taat kepada Allah dihadapkan pada kehidupan dunia, dan dorongan hawa nafsu yang mereka tidak pernah rasakan sebelumnya, harus berjuang mempertahankan iman mereka. Kisah malaikat Harut da Marut sedikit berbahasa melayu, karna saya sumbernya dari blog saudara muslim di negeri Jiran. Semoga cerita ini memberi pelajaran untuk kita, selamat membaca.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala:

وَإِذْقَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَئِكَةِ اِنِّى جَاعِلٌ فِىْ الاَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أتَجْعَلُ فِيْهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّى أَعْلَمُ مَا لاَتَعْلَمُوْنَ {البقرة: 30.
"Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:’Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:’Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:”Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui " (QS.Al-Baqarah: 30).

Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam sehinggalah Adam mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia. Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat/keturunan Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.

Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengengkariNya?

Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”

Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah berfirman lagi;pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu. Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah ” dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .

Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.

Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.

Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.

Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya. Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit. Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.

Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.

Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.

Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?

Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.

Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.

Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!

Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.

Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.

Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita.

Bersambung......
Sumber Kisah Malaikat Harut Dan Marut http://ustmuhammad.wordpress.com/2009/01/06/kisah-harut-dan-marut/

Comments

  1. Kisah sesat tu gan gak ada sumber yang berupa hadits atau dalil Al-Quran yang menyanggah dari cerita2 tsb, ko bisa2nya agan menyebarkan kisah ini di blog agan. segera beristigfar lah! kisah ini gk sesuai dgn apa yg ada didalam Al-Quran. ALLOH menciptakan malaikat tanpa hawa nafsu, tanpa rasa letih

    ReplyDelete
  2. di bagian akhir ada sumbernya gan :D
    Cerita cerita dalam al Quran Tafsir Ibnu Kathir
    Coba agan cek.....

    Agan belum baca mungkin? kisah ini biarpun senadainya tidak benar, tapi tidak menyesatkan, dan tidak mengajarkan kesesatan,,,,malaikat memang tidak memiliki hawa nafsu, dan rasa letih,,,di bagian mana cerita ini yang mengatakan demikian,,,,dalam kisah ini dikatakan dua malaikat harut dan marut, dibekali nafsu, supaya mereka tahu dan merasakan seperti apa nafsu pada manusia (bukan malaikat seluruhnya, dan nafsu yang dikasi kepada kedua malaikat ini juga di tempel permanen :D ).....

    dan hikmah yang bisa diambil dari kisah ini adalah, bahwa jika mengikuti hawa nafsu, pasti akan berjunung pada penyesalan, dan kesengsaraan (saya rasa pesan ini tidak sesat gan)

    ok gan...selamat berpuasa....astagfirullahal azim,....allahu'alam

    ReplyDelete
  3. Menurut pendapat saya,, terlepas dari sesat atau tidak sesat,,tapi cerita ini seperti cerita dongeng / Israiliyyat ,, yang sepertinya di modifikasi sendiri sang sumber.
    alasan saya berpendapat yaitu karena tidak ada sumber hadits yang sahih.,
    hati hati gan , banyak hadits2 yang batil yang beredar,,,
    jadi kita harus pintar dan waspada,,,
    karena sebagai umat islam kan harus berpedoman pada Al-Quran dan Hadist,,
    ini sumber dari saya : http://kaahil.wordpress.com/2013/02/18/bagus-kisah-malaikat-harut-dan-marut-di-negeri-babil-sejarah-harut-marut-mengajarkan-ilmu-sihir-kisah-dusta-dua-malaikat-yang-mabuk-berzina-dan-membunuh/

    Allahualam...

    ReplyDelete
  4. cuma kisah z diperdebatkan,,, yg penting da hikmah yg kita bisa ambil udah baik,,, jgn jd orang yg suka menghakimi ,sebentar2 bilang sesat ,kafir,,, skrang cuman byk orang yg hafal qur'an & hadist tp tdk tau inti dari Islam

    ReplyDelete
  5. Itulah kang....semakin lama semakin banyak orang2 yang sedikit2 kata sesat, sedikit2 kata kafir....kayak kisah diatas,,,walaupun seandainya cuman dongeng....tapi tidak bisakah dilihat pesan yang begitu baik didalamnya.....

    SAaya setuju sekali sama kang @Eko, "sekarang banyak hafal quran dan hadist tapi tidak tau ini dari islam "......

    ReplyDelete
  6. lho kisah ini cari di Qur`an ada , albaqoroh kayaknya , haaruut wa maaruut ini klu nya di akhir kalimat di al qur`an , memang jaman sekarang banyak orang islam yang mengingkari ajaran agamanya sendiri , banyak yang bilang kita harus mencontoh nabi muhammad , kalau mi`raj bagaimana ?
    amati dan cermati bahwa pada ajaran agama manapun pasti ujung2nya bertemu dengan tuhannya ? sidharta bertemu budha , muhammad ( ahmadi ) bertemu Alloh , dst dst

    ReplyDelete
  7. cerita dan kisah ini ada surat al-baqo`roh tolong dicari , mungkin yang protes belum pernah baca riwayat ini , kalau sumber artikel ini kan sudah dijelaskan ,
    jangan dikit2 syirik dan sesat ,bahasan syirik dan sesat njlimet sekali , contoh : klau kita memakai sarana bunga katanya syirik tetapi disisi lain disunahkan pakai harum2an , ujung2nya pakai minyak wangi , minyak wangi bibitnya dari tumbuh2an juga ya to ?
    kita disuruh mencontoh nabi muhammad , nabi muhammad mengalami peristiwa mi`raj , tapi kenyataannya banyak orang islam yang gak mencontohnya
    coba kita amati bahwa dalam semua ajaran agama termasuk ada istilah kejawen untuk orang jawa , ujung2nya ada bahasan tentang bertemu tuhan ya to ?
    sidharta bertemu budha , muhammad ( ahmadi ) bertemu alloh dst dst

    ReplyDelete
  8. yang bilang syirik dan sesat mungkin belum pernah denger atau belum pernah baca , kalau bisa jangan sedikit2 bilang syirik dan sesat karena bahasan syirik dan sesat itu sangat njimet sekali ,
    contoh : disunahkan pakai harum2an , kalau pakai media bunga katanya syirik dan sesat , pakai minyak wangi boleh , asal usul minyak wangi ya dari bunga ujung2nya tumbuhan juga ya to ?
    kita disuruh mencontoh nabi muhammad , nabi muhammad mengalami peristiwa besar yaitu mi`raj , apa kita ummat islam sudah mencontohnya ( mi`raj )
    nti kalau ada yang bilang begitu katanya sesat juga , padahal kalau kita cermati dalam semua agama membahas hal ini , sidharta bertemu budha , muhammad bertemu allah dst dst ,

    @ yo_ga : kamu betul sekali emang dikisahkan seperti itu

    ReplyDelete
  9. Apa yang saya pasti, kisah ini telah diceritakan sejak sebelum kedatangan Islam. Namun tiada satu hadis yang menyangkal ataupon membenarkan kisah ini. Jika didalami kisah tersebut, tiada salah nya. Wallahualam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Cara Efektif Mencegah Tawuran antar Pelajar

Kisah ABG SMA

Nasihat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani