Semata-Mata Karna Rahmat Allah

Semata-Mata-Karna-Rahmat-Allah

Assalamualaikum Hep!!!

Pada kesempatan ini saya ingin share sebuah kisah, kisah yang sebenarnya sudah sangat terkenal dan sering dibawakan dalam kajian-kajian oleh para ustad atau ulama kita, tapi semoga ini bisa menjadi pengingat/alarm bagi kita semua untuk tidak terlalu terpaku kepada Amal, apalagi sampai membangga-banggakan amal yang telah kita kerjakan.

Ya ini adalah kisah seorang hamba yang masuk syurga Semata-mata Karna Rahmat Allah subhanahuwata'ala. Kisah yang terdapat di dalam kitab Darratunnasihin ini, semoga dapat kita jadikan sebagai iktibar bahawa seseorang yang walau seperti apa ketaatannya kepada Allah , bukan menjadi sebab ia mendapat syurga. Balasan syurga terhadapnya adalah semata-mata kerana rahmat Allah.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan suatu kisah kepada para sahabat. Kata Rasulullah s.a.w., baru tadi Jibrail datang kepadaku dan menceritakan suatu kisah tentang seorang hamba Allah yang kuat beribadah selama 500 tahun dipuncak sebuah gunung yang dekelilingi oleh lautan, sehingga Allah memancarkan sebuah mata air tawar dari celah-celah air masin dan ditumbuhkan sepohon pokok delima untuknya di kaki gunung itu yang berubah setiap hari sebiji buah.

Setiap petang ia turun mengambil wuduk di perigi itu dan memakan buah delima itu. Setelah itu ia naik semula untuk bersolat di akhir solatnya ia berdoa kepada Allah agar segera mengambil nyawanya kerana ia amat rindu kepada Allah. Ia pun terus sujud dan tidak panggung-panggung lagi dan terus meninggal di malam sujudnya.

Jibrail meneruskan ceritanya lagi, ketika kami turun ke bumi dan melihat hamba Allah itu tetap sujud. Juga kami temuinya pula ia terhenti di ribaan Allah. Lalu Allah Yang Maha Memberi Berkat lagi Maha tinggi berfirman; "Masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam syurga dengan sebab rahmat dan kasih sayang-Ku."

Tapi orang itu berkata: "Bahkan dengan sebab amalku sendiri."

Allah pun berfirman kepada para malaikat-Nya; "Timbanglah ibadah dan amalan hamba-Ku ini dengan nikmat dan anugerah-Ku ke atasnya."

Malaikat yang menimbang itu mendapat nikmat mata sahaja telah menyamai ibadahnya 500 tahun itu dan nikmat-nikmat lagi tidak terbanding dengan ibadah dan amalannya.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman, "Wahai para malaikat, masukkanlah hamba-Ku ini ke dalam neraka."

Malaikat pun mengheret orang itu ke neraka. Lalu orang itu menjerit-jerit dan memanggil-manggil Allah dengan ucapannya; "Dengan rahmat-Mu ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga-Mu."

Allah berfirman kepada malaikat: "Kembalikanlah ia kepada-Ku."

Allah pun berfirman kepadanya: "Wahai hamba-Ku, siapakah yang mencipta kamu, sedangkan sebelum ini kamu tidak wujud?"

Lelaki itu berkata: "Engkaulah ya Allah."

Firman Allah: "Adakah sebab amalan engkau?"

Kata lelaki itu dengan penuh malu: "Bahkan dengan rahmat Engkau."

Firman allah: "Siapakah yang memberi kekuatan kepadamu selama 500 tahun kamu beribadah, siapakah yang menurunkan engkau di puncak gunung di tengah-tengah lautan, siapakah pula mengeluarkan air tawar di celah-celah air masin dan buah delima setiap hari untuk kamu, sedang biasanya buah delima berbuat setahun sekali dan siapakah yang mencabut nyawa kamu sedang kamu engkau sedang bersujud?"

Kata lelaki itu, "Engkaulah wahai Allah."

Firman Allah: "Semua itu adalah kerana rahmat-Ku dan kerana rahmat-Ku juga yang memasukkan kamu ke dalam syurga."



Segala kebaikan yang pernah kita perbuat, semua karna rahmat dari Allah, Iman, Amal, Ibadah semata-mata karna Rahmat Allah. Tidak ada celah kita untuk sedikitpun membanggakan kebaikan dan segala amal ibadah yang telah kita perbuat.
Sekian, semoga ini bisa bermanfaat, dan menjadi bahan renungan untuk kita semua...aamiin

Wassalamualaikum. Wr. Wb

Comments

  1. Subhanallah walhamdulillah, semoga ibadah kita lillahita'ala dan semoga kita termasuk orang-orang yang bersyukur dan mendapatkan rahmat Allah SWT. Dan semoga kita menjadi golongan penghuni syurga. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. aamiin aamiin aamiin kang Khaerul..

    ReplyDelete
  3. menjadi seorang yang mukhlis memang berat...
    namun semoga _dengan semata-mata karena rahmat Allah*
    kita dapat meraihnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Cara Efektif Mencegah Tawuran antar Pelajar

Kisah ABG SMA

Download Terjemahan Kitab Al-Hikam